Bimbingan merupakan satu aktiviti membantu individu membuat
pilihan menurut nilai dirinya,manakala kaunseling adalah ilmu membantu individu
membuat perubahan.
Kaunseling selalu berfokus untuk memupuk kemahiran daya
tindak ( coping skills ) untuk memudahkan perkembangan dan mencegah masalah
klien manakala psikoterapi bermatlamat untuk membantu klien menyelesaikan
masalah yang muncul akibat anxiety dan depresi.
Masalah yang dihadapi klien dalam sesi kaunseling melibatkan
masalah dalam perhubungan dan kerjaya namun, psikoterapi pula berkaitan bantuan
terapi kepada klien yang mempunyai masalah yang lebih kompleks yang memerlukan
prosedur diagnosis.
Matlamat dalam proses kaunseling lebih kepada jangka pendek
yang dijalankan di sekolah, pusat agama, dan klinik kesihatan mental yang
menggunakan pendekatan kaunseling.Psikoterapi pula bermatlamat jangka panjang
yang dijalankan di Pusat Kesihatan Mental atau Hospital dan menggunakan
pendekatan psikoteraputik iaitu melibatkan proses proses dan tidak sedar.
p/s: tapi kesemuanya merupakan proses membantu individu yang
memerlukan pertolongan ;D
No comments:
Post a Comment