Ciri-ciri seorang kaunselor pada asasnya ada tiga :-
1) Bersikap Empati
- Seorang kaunselor mestilah bersikap empati bukannya simpati kepada kliennya
- Empati bermaksud seorang kaunselor itu seolah-olah merasai apa yang dirasai oleh kliennya walaupun dia tidak pernah.
- Seorang kaunselor perlulah meletakkan diri mereka dan mendalami rasa yang sama dihadapi oleh klien mereka supaya mereka dapat membantu menyelesaikan masalah.
2) Kongruen
- Seorang kaunselor mestilah ada sifat kongruen dalam diri
- Kongruen bermaksud seorang kaunselor itu perlu bersifat ikhlas,tidak berpura-pura mahupun bermuka-muka supaya klien dapat meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati mereka.Hal ini akan memudahkan lagi urusan kaunseling itu sendiri kerana klien meluahkan semua masalah yang dihadapinya dan kaunselor dapat mencari jalan penyelesaian yang sesuai.
- Jika seorang kaunselor tidak mempunyai sifat kongruen dalam diri mereka, maka sesi kaunseling itu tidak dapat dijalankan dengan lancar.
3) Tanpa Syarat
- Seorang kaunselor itu haruslah menerima segala jenis klien
- Seorang kaunselor menerima dan menghargai diri klien tidak kira dalam apa jua keadaan
Tuesday, 11 October 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wowwww.....
ReplyDelete