Perkhidmatan kaunseling remaja memainkan peranan yang penting
dalam membantu remaja menyelesaikan masalah. Bentuk perkhidmatan menolong kepada
remaja boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara dan kaedah yang sesuai mengikut
masalah yang dihadapi. Dalam konteks ini penyelesaian masalah tertentu memerlukan
kemahiran termasuklah yang berkaitan dengan
kaunseling. Oleh sebab itu,amat penting bagi mana-mana kaunselor
untuk mengetahui sejak awal lagi tentang permasalahan yang dialami oleh remaja
supaya dapat dicari langkah dan cara yang paling berkesan untuk mengatasinya.
Apabila memperkatakan tentang keperluan kaunseling khusus kepada remaja,
pelbagai tafsiran yang merangkumi:
a. Memberi nasihat untuk membuat keputusan yang betul;
b. Bimbingan disebabkan kekurangan pengalaman, kurang
matang dan memerlukan sokongan.
c. Psikoterapi yang memberi fokus pada halangan psikologi
dan emosi.
Kaunseling remaja perlu melibatkan kombinasi 3 elemen
ini.Sungguhpun diakui bahawa memberi nasihat perlu dielakkan khususnya remaja
yang perlu membina autonomi sendiri dan bertanggungjawab atas perlakuan yang
dilakukan, adalah perlu remaja diberikan maklumat yang berguna dan betul
sebelum membuat keputusan yang tepat.
Menjadi tanggungjawab seorang kaunselor itu untuk membantu remaja terutamanya disekolah |
No comments:
Post a Comment