Monday, 10 October 2016

KESEJAHTERAAN HIDUP

Kesejahteraan

- Makna kesejahteraan
        Kesejahteraan merupakan cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri             yang optimum merangkumi aspek jasmani,fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh         individu untuk kehidupan yang lebih berkualiti di dalam kalangan masyarakat (Myers, Sweeney         and Wittmer, 2005, p. 252). Tujuh dimensi kesejahteraan seperti yang digariskan oleh Anspaugh         danrakan (2004) and Hales (2005) merangkumi emosi, kerjaya, sosial, fizikal, intelektual,                   spiritual, persekitaran dan kerjaya.
Kesejahteraan hidup membolehkan kita hidup dengan lebih ceria
Jenis-jenis kesejahteraan

Kesejahteraan Emosi
Merupakan sikap dan kepercayaan seseorang itu terhadap diri mereka sendiri dan juga kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan.

Kesejahteraan Kerjaya
Merupakan tahap  di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan memperolehi rasa kepuasan kendiri menerusi bidang kerjaya dan aktiviti yang mereka diceburi . Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam aktivit yang diceburi  serta bagaimana individu menggunakan kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat.

Kesejahteraan Sosial
Merangkumi kadar dan kualiti interaksi antara seseorang individu dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran.

Kesejahteraan Fizikal
Merupakan satu proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap kecerdasan aktiviti fizikal secara optimum  yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat.

Kesejahteraan Intelektual
Merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti yang kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan dan meningkatkanilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis.

Kesejahteraan persekitaran
Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan  dengan persekitaran.

Kesejahteraan Spiritual
Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi   pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, interaksi individu dengan Tuhan, dan komuniti spiritual.


No comments:

Post a Comment

Subscribe

Flickr