p/s:diambil dan diubahsuai daripada buku modul motivasi diri
Motivasi pada asasnya adalah aktiviti yang mampu meningkatkan kualiti diri untuk mencapai hasrat atau objektif yang diimpikan.Menurut Abdul Rahman Aziz(1997) motivasi mampu menjadi dorongan yang mampu memberi tenaga dan semangat tambahan kepada seseorang agar bertindak kearah mencapai hasrat yang diingini.Motivasi juga dilihat sebagai satu keinginan yang tinggi atau semangat yang wajar bagi menjadi dorongan kepada seseorang untuk berusaha mencapai kejayaan.Antara faktor-faktor yang mampu membolehkan seseorang itu bermotivasi tinggi ialah faktor dalaman dan faktor luaran.Faktor dalaman bermaksud keinginan individu itu sendiri untuk mencapai kejayaan manakala faktor luaran adalah individu dipengaruhi oleh persekitaran yang diwujudkan rasa keinginan.Justeru,motivasi mampu mendorong individu untuk terus bersemangat mencapai target yang sudah ditetapkan ataupun persekitaran yang mewujudkan rasa keinginan dalam diri mereka.
p/s:diambil dan diubahsuai daripada buku modul motivasi diri
p/s:diambil dan diubahsuai daripada buku modul motivasi diri
No comments:
Post a Comment